Pra pendaftaran pelatih 2026.
Pre Session Laliga League Malaysia 2025

Pre Session Laliga League Malaysia 2025

6 Oktober 2025

Berbaki satu minggu sepak mula liga Laliga edisi Malaysia anjuran Football Hub Malaysia, kelab bola sepak Warga Puchong Junior telah mengadakan program perlawanan persahabatan kategori U13 dan U15 dengan Persatuan Bola Sepak Selangor Soccer School SFC SS di padang FH@ Bukit Puchong. Tujuan program adalah bagi persediaan pasukan dalam memberi cabaran sepanjang penyertaan dalam Laliga.

Bukit Puchong Segunda

Bukit Puchong Segunda Laliga Youth League

Program ini merupakan kolaborasi bersama Laliga Sepanyol yang bertapak di Malaysia. Penyertaan kelab dalam laliga league ini bagi memberi pendedahan kepada pelatih WP Junior dalam standard liga kompetitif. Semestinya persiapan pasukan dengan latihan berterusan dalam memberi cabaran dalam perlawanan laliga league dapat meningkatkan kemahiran pelatih.

Kategori Penyertaan

Kategori Penyertaan Laliga Youth Malaysia

WP Junior mengesahkan penyertaan dalam semua kategori ganjil iaitu U7, U9, U11, U13, dan U15. Langkah ini bukan sahaja membentuk pasukan baru tetapi juga memberi pengalaman kompetitif kepada pelatih. Secara tak langsung mempersiapkan pasukan tahun 2025/2026. Fokus utama adalah pembangunan pemain grassroots, kemahiran taktikal, stamina, dan kerjasama di atas padang.

Pendedahan Pelatih

Pendedahan & Penglibatan Pelatih

Pelatih Warga Puchong Junior diberi peluang sepenuhnya untuk bermain dan belajar. Bukan faktor ingin menjadi juara dalam kempen Laliga ini, tetapi minit permainan dan pendedahan kompetitif menjadi keutamaan. Aktiviti ini meningkatkan keyakinan, kemahiran teknikal, dan pengalaman pasukan di peringkat liga, mempersiapkan pemain untuk cabaran tahun hadapan.