Pengenalan
Badan Sukan ini dikenali dengan nama Kelab Bola Sepak Warga Puchong Junior atau ringkasnya disebut sebagai WP Junior. Alamat berdaftar Kelab WP Junior ialah di 13A-08, Blok D, Vista Millennium Condominium, Jalan DM1, Taman Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor. WP Junior ditubuhkan pada April 2016 dan secara rasminya telah didaftarkan di Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 15 Februari 2019.
Matlamat utama penubuhan WP Junior adalah untuk menyediakan platform pembangunan bola sepak di peringkat komuniti di samping mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi. Program pembangunan bola sepak WP Junior melibatkan kanak-kanak dan remaja berumur antara 6 hingga 15 tahun. Padang Awam Kampung Kenangan Puchong digunakan sebagai padang rasmi latihan bola sepak kelab ini.
Jumlah pelatih yang berdaftar dengan WP Junior sehingga Januari 2025 adalah seramai 166 orang. Setiap pelatih dikenakan yuran Pendaftaran sebanyak RM10 dan yuran Tahunan sebanyak RM330. Dana tersebut digunakan untuk tujuan pengurusan kelab seperti penyelenggaraan padang berkala, yuran penyertaan pertandingan, kos makan minum pelatih, serta keperluan operasi lain.
WP Junior menyediakan modul latihan yang efisien dan menyeluruh kepada para pelatih. Khidmat jurulatih bertauliah dan sukarelawan yang bertanggungjawab memberikan latihan asas bola sepak. Latihan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi di padang Football Hub Bukit Puchong. Football Hub adalah rakan vanue wp junior.
Bagi memantapkan kemahiran serta memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelatih, WP Junior kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab sekitar Selangor serta menyertai kejohanan dan liga bola sepak pelbagai peringkat umur.
Misi utama WP Junior adalah membuka peluang kepada penduduk sekitar Puchong untuk menghantar anak-anak mereka menyertai program latihan bola sepak akar umbi. WP Junior percaya anak-anak inilah bakal menjadi generasi emas dan tunggak masa hadapan sukan bola sepak komuniti.
Pengurusan WP Junior sentiasa berusaha melaksanakan program berkualiti tinggi serta mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada mana-mana pihak — sama ada badan swasta, NGO, badan kerajaan atau individu persendirian — demi menjayakan misi pembangunan dan kecemerlangan anak-anak komuniti WP Junior.