PENGENALAN

Badan Sukan ini dikenali dengan nama Kelab Bola Sepak Warga Puchong Junior atau ringkasnya disebut sebagai WP Junior. Alamat berdaftar Kelab WP Junior ialah di 13A-08, Blok D, Vista Millennium Condominium, Jalan Dm1, Taman Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor. WP Junior ditubuhkan pada April 2016 dan secara rasminya telah didaftarkan di Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 15 Februari 2019. Matlamat utama penubuhan WP Junior adalah untuk menyediakan platform pembangunan bola sepak di peringkat komuniti di samping mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi.

Program pembangunan bola sepak WP Junior melibatkan kanak-kanak dan remaja terdiri dari umur 6 hingga 15 tahun. Padang Awam Kampung Kenangan Puchong digunakan oleh WP Junior sebagai padang rasmi latihan bola sepak. Jumlah pelatih yang berdaftar dengan WP Junior sehingga bulan November 2022 adalah seramai 166 orang. Setiap pelatih dikenakan yuran Pendaftaran RM 10 dan yuran Tahunan RM 110. Dana tersebut akan digunakan untuk pengurusan kelab seperti penyelenggaraan padang berkala, yuran masuk pertandingan, kos makan dan minum pelatih semasa pertandingan, dan lain-lain tujuan pengurusan kelab.

WP Junior menyediakan modul latihan yang efisien kepada pelatih. Terdapat enam (6) orang jurulatih yang bertanggungjawab untuk memberikan latihan asas bola sepak. Waktu latihan ditetapkan setiap minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 Pagi sehingga 12.00 Tengah Hari. Untuk memantapkan lagi kemahiran disamping memberi pendedahan kepada pelatih, WP Junior sering mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab bola sepak di kawasan sekitar selangor. Disamping itu juga, WP Junior turut menyertai kejohanan serta liga bola sepak melibatkan pelbagai peringkat umur.

Misi utama kelab WP Junior adalah untuk membuka peluang kepada penduduk kawasan sekitar menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti program latihan bola sepak akar umbi. WP Junior mempunyai anak-anak pelatih generasi emas yang akan menjadi tunggak masa hadapan. Pengurusan WP Junior berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan platform ini dengan program-program yang berkualiti kepada anak-anak pelatih. Sehubungan itu, WP Junior sangat mengalu-alukan sokongan berupa sumbangan dan bantuan daripada mana-mana pihak seperti Badan Swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Kerajaan mahupun pihak Persendirian untuk turut serta dalam menjayakan misi ini demi kebolehjadian serta kecemerlangan anak-anak Komuniti WP Junior.

LOGO

Tulisan “WP JUNIOR” merujuk kepada nama Kelab. Menerapkan warna biru melambangkan kesejahteraan dan kegigihan. Bintang berwarna putih membawa maksud bagi melahirkan bintang-bintang dalam bola sepak. Oren membawa maksud kejayaan dan daya kekuatan pasukan. Bola merupakan sebagai ikon kelab bola sepak.

CARTA ORGANISASI
OBJELTIF DAN FUNGSI

Objektif Kelab antaranya seperti berikut:

(a) Untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan bolasepak di kalangan ahli-ahli;
(b) Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan bolasepak di peringkat kelab dan akar umbi;
(c) Untuk memilih atlet bagi mewakili kelab dalam mana-mana pertandingan sukan bolasepak.

Fungsi Kelab antaranya seperti berikut:

(a) Bertindak sebagai badan yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan bolasepak di peringkat kelab;
(b) Mewujudkan dan memberi kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan bolasepak di kalangan ahli-ahli;
(c) Mengendali kursus dan latihan di kalangan ahli-ahli;
(d) Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan bolasepak diperingkat kelab. Bagi penganjuran di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa kelab hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola / perwakilan;
(e) Menyelesaikan isu-isu dan konflik dalaman yang melibatkan ahli;
(f) Mengekalkan hubungan baik dengan badan pengelolanya / perwakilan dan persatuan-persatuan sukan atau agensi yang lain;
(g) Memastikan prosedur pemilihan bagi mewakili kelab ke pertandinganpertandingkan yang disertai adalah terbuka dan adil;
(h) Memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah berlandaskan perlembagaan ini dan peraturan-peraturan di bawahnya;
(i) Memastikan perlembagaan dan peraturan kelab dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli;
(j) Memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;
(k) Memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan Kelab tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan
(l) Memastikan semua keuntungan yang diperolehi oleh Kelab melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Kelab ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja Kelab ini. Kelab juga boleh menubuhkan syarikat perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Kelab.

PENCAPAIAN KELAB

TAHUN 2023

Genting Silver Cup

Tempat: Sky Aren, Genting Highlands
Pencapaian: Tempat Ke-3 Plate (U8)

TAHUN 2022

TAHUN 2019

TAHUN 2018

TAHUN 2017

TAHUN 2016

PENCAPAIAN AHLI
NAMA PELATIH PENYERTAAN
1
Mohamad Hairul Mukminin Bin Mohamad Suhaili
2016-2021
PLD Klang
2
Putera Danish Haziq Bin Adnan
2016-2020
PLD Klang
3
Muhammad Haeraz Wafiy Bin Mohd Haezul
2016-2020
PLD Petaling Perdana
4
Muhammad Adib Aduka Bin Muhammad Hairi
2016-2020
Akademi Felda
5
Faiz Zafuan Bin Husni Mubaraq
2016-2022
PLD Klang
6
Muhammad Ammar Rifqi Bin Saiful Bahri
2016-Sekarang
PLD Klang
7
Muhammad Isma Hakimi Bin Mohd Dzul
2018-2020
PLD Klang
8
Syaiful Azieq Bin Samsul
2018-2020
Akademi Felda
9
Muhammad Hilmy Haziq Bin Jasmadi
2018-2020
PLD Kuala Selangor
10
Muhammad Haeraz Wildan Bin Mohd Haezul
2018-2020
AT Setia Alam
11
Amsyar Irsyaduddin Bin Azmayudin
2018-Sekarang
AT Petaling Perdana
12
Hakiem Bin Hafizi
2020-Sekarang
AT Putra Jaya
SIJIL PEDAFTARAN KELAB
PENGESAHAN AKAUN KELAB
KELAYAKAN 1
KELAYAKAN 2
SIJIL KEJURULATIHAN 1
SIJIL KEJURULATIHAN 2
SIJIL KEJURULATIHAN 3
SIJIL KEJURULATIHAN 4